Translate

Saturday, March 16, 2019

Syukur tidak serik jatuh kerbau

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Pengalaman pertama kali terjatuh daripada kerbau semalam tidak membuatkan Muhammad Syukur Khamis, 14, serik.

Walaupun mengalami muntah-muntah sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akibat kejadian itu, remaja dikenali dengan jolokan 'Magwli Malaysia' akan tetap meneruskan minat bermain kerbau demi memburu cita-cita mengikut jejak bapa, Khamis Jusoh, 63, menjadi pengembala moden.

"Ini kali pertama saya jatuh kerbau sejak mengikut bapa mengembala haiwan ternakan termasuk kerbau sejak berusia empat tahun lagi.

"Saya tidak serik untuk bermain dengan kerbau lagi selepas ini dan anggap ia sebagai asam garam menjadi anak pengembala," katanya ketika ditemui sejurus dibenarkan keluar wad HSNZ di sini hari ini.
Muhammad Syukur yang disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius juga berterima kasih kepada ramai individu yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraannya di media sosial sejak beritanya terjatuh daripada kerbau tersebar malam tadi.

Menceritakan kembali kejadian itu, remaja itu berkata, ia berlaku selepas dia hilang imbangan sewaktu mahu melompat ke belakang seekor kerbau dari seekor kerbau lain pada pukul 8 pagi semalam.

"Kejadian berlaku selepas sesi fotografi berakhir di kandang ternakan ayah saya di Kampung Kubang Bujuk di sini," katanya. - K! ONLINE


No comments:

Post a Comment