Translate

Monday, March 25, 2019

'Mogwli Malaysia' tidak serik

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Muhammad Syukur Khamis, 14, yang terkenal sekelip mata selepas gambar bermesra dengan haiwan ternakan tular baru-baru ini mendapat pengajaran berguna apabila dia terjatuh daripada kerbau kelmarin.

Insiden yang berlaku di kandang ternakan bapanya di Kampung Kubang Bujuk di sini pada pukul 8 pagi itu menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami simptom pening dan muntah impak daripada terjatuh.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin di sini tersebut terpaksa ditahan di dalam wad Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini semalaman sebelum dibenarkan keluar semalam.

Cerita Muhamad Syukur, semasa kejadian, dia baru selesai menjalani sesi fotografi dengan beberapa jurugambar dari Pulau Pinang.

"Selepas biasa, selepas selesai (fotografi) saya bermain dan semasa hendak melompat ke belakang seekor kerbau dari seekor kerbau lain, saya hilang imbangan lalu terjatuh.

"Ayah (Khamis Jusoh, 63,) dan abang Dallah (jurugambar bebas, Abdullah Deen Mohd Zain, 44,) yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian segera membantu saya," katanya ketika ditemui di wad HSNZ semalam.

Impak daripada jatuh itu membuat dia pening selama lima minit sebelum muntah beberapa kali.

Remaja itu bersyukur apabila pegawai perubatan HSNZ megesahkan dia ttidak mengalami kecederaan serius.

"Ini kali pertama saya jatuh kerbau sejak mengikut bapa mengembala haiwan 10 tahun lalu. Saya tidak serik untuk bermain dengan kerbau dan anggap ia sebagai asam garam menjadi anak pengembala," katanya.

Jelas Muhammad Syukur, abang-abangnya juga pernah mengalami pengalaman terjatuh daripada haiwan ternakan sewaktu kecil dan kejadian itu tidak akan mematahkan cita-citanya untuk memjadi pengembala moden.

Sementara itu, Pengarah HSNZ, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, imbasan tomografi berkomputer (CT Scan). mendapati Muhammad Syukur tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan keluar wad pada pukul 12 tengah hari.

No comments:

Post a Comment