Translate

Thursday, March 14, 2019

Liga Super: Perak tetap puas hati biar pun seri

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Perak tetap berpuas hati walaupun sekadar berkongsi satu mata selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Terengganu Football Club I (TFC I) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Pengendali Perak, Mehmed Durakovic berkata, walaupun masih gagal melakar kemenangan sulung selepas mengharungi empat aksi liga, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana anak buahnya telah menunjukkan prestasi terbaik pada aksi terbaru dengan skuad Penyu terbabit.

"Kami menguasai perlawanan, mencipta beberapa peluang terbaik dan hampir memenangi perlawanan sebelum disamakan pasukan tuan rumah pada minit-minit terakhir perlawanan.

"Memang sedikit kecewa gagal membawa pulang tiga mata penuh namun kita perlu sedar TFC I merupakan pasukan kuat dan mempunyai pemain dan pengurusan yang baik," katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi.


Mehmed berkata, dia amat gembira dengan prestasi memberansangkan ditunjukkan anak buahnya dan percaya skuad Bos Gaurus kendaliannya bakal memperoleh kemenangan sulung pada masa terdekat. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment