Translate

Sunday, March 17, 2019

Liga Super: Melaka United perit dibelasah TFC I

KUALA TERENGGANU - Kekalahan 0-3 terhadap Terengganu Football Club I (TFC I) pada aksi keenam Liga Super malam tadi amat perit untuk ditelan Melaka United.

Pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan berkata, kekalahan mengaibkan itu berpunca daripada prestasi hambar anak buahnya.

"Sejak saya mengambil alih (kejurulatihan) Melaka United, inilah permainan paling buruk pernah dipamerkan pasukan.

"Kesemua posisi dalam pasukan tidak berfungsi dengan baik malah mereka juga tidak menunjukkan sikap untuk bangkit biar pun sudah ketinggalan sehingga telah dihukum dengan lebih teruk lagi oleh tuan rumah," katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi.

Zainal Abidin berkata, beliau akan melakukan soal siasat terhadap pemain-pemainnya pada masa terdekat bagi mengenal pasti punca sebenar kemerosotan mendadak skuad kendaliannya itu.

Dalam perkembangan sama, bekas penyerang lagenda kebangsaan tersebut menolak kepincangan pasukannya disebabkan ketiadaan pemain tengah import berpengaruh, Liridon Krasniqi. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment