Translate

Monday, July 8, 2019

Penganggur mengamuk kapak televisyen

KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga kedai makan kerugian ribuan ringgit selepas beberapa barang dan peralatan rumahnya rosak akibat dikapak oleh anak lelakinya yang mengamuk kerana tidak mendapat duit belanja dalam kejadian di Kampung Padang Nenas, Kuala Nerus Rabu lalu.

Sumber berkata, kejadian pada pukul 10.30 malam itu, suspek berusia 20 tahun didakwa telah merosakkan dan memecahkan televisyen, singki, tingkap, cermin pintu dan ruang tamu dengan menggunakan kapak berkenaan.

"Berdasarkan keterangan awal bapanya, dia sebenarnya telah memberi duit belanja sebanyak RM1,000 kepada anaknya sebelum itu namun kesemua wang terbabit telah dihabiskan suspek dalam tempoh beberapa hari sahaja.

"Mangsa enggan percaya alasan anak lelakinya kononnya duit itu tidak dijoli sebaliknya telah tercicir," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Tambahnya, mangsa berusia 51 tahun itu percaya ia menjadi punca anaknya bengang lalu mengamuk merosakkan peralatan rumah mereka.

Menurut sumber itu, pada mulanya, mangsa enggan membuat laporan polis namun berubah fikiran apabila anaknya yang sebelum ini melarikan diri sebelum merosakan peralatan rumah telah menemuinya untuk meminta juga duit belanja di kedai makannya pada pukul 12.30 tengah malam, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din mengesahkan kejadian dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment