Translate

Sunday, July 21, 2019

Kosmo! raih Anugerah Media UMT

KUALA NERUS – Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad menerusi dua akhbarnya Utusan Malaysia dan Kosmo! meraih dua anugerah kategori Berita Atas Talian (Bahasa Melayu) pada Majlis Anugerah Media 2019 anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kelmarin.

Bekas wartawan Kosmo!, Kamariah Khalidi mengungguli kategori Penyelidikan manakala bekas Ketua Biro Utusan Malaysia Terengganu, Wan Zulkifli Wan Yaacob pula bagi kategori Pendidikan.

Anugerah yang disampaikan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Nor Aieni Mokhtar. Kedua-dua pemenang masing-ma­sing membawa pulang  hadiah wang tunai RM600 dan sijil penghargaan.

Selain itu, Wan Zulkifli bersama tujuh pengamal media lain turut menerima anugerah penghargaan pada majlis itu.

Dalam pada itu, Nor Aieni berkata, UMT menghargai sum­bangan besar media yang telah banyak memberi publisiti positif kepada institusi pengajian tinggi awam tempatan terbabit sejak awal penubuhannya.

No comments:

Post a Comment