Translate

Saturday, July 13, 2019

Belum ada waris tuntut tiga beradik

KUALA TERENGGANU – Tiada seorang pun waris tiga beradik yang diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu kerana disyaki diabai ibu kandung di Padang Setengge, Kuala Berang, Hulu Terengganu Rabu lalu tampil menuntut hak penjagaan setakat ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, budak lelaki berusia 12 tahun serta dua adik perempuannya yang berusia enam dan lapan tahun kini ditempatkan di Rumah Sinar Harapan di sini.

“Kesemua budak itu kini diletakkan di bawah jagaan JKM negeri di Rumah Sinar Harapan Kuala Terengganu setelah menerima perintah dari Mahkamah Majistret Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam (kelmarin).

“Setakat ini, masih tiada waris yang tampil menuntut hak penjagaan terhadap ketiga-ketiga mangsa berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan tiga beradik berkenaan disyaki ditinggalkan bersendirian oleh ibu kandungnya di dalam sebuah rumah teres setingkat yang disewa mereka selama tiga hari sebelum diselamatkan seorang pegawai JKM Terengganu.

No comments:

Post a Comment