Translate

Tuesday, July 9, 2019

Bapa maut, anak parah tragedi balik kampung

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Perjalanan dua beranak pulang ke kampung mereka di Marang dekat sini berakhir dengan tragedi apabila kereta yang dinaiki ter­babit dalam kemalangan di Kilometer 93, Jalan Aring-Sungai Gawi berhampiran Tasik Kenyir di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 1 petang itu, Mohd. Fauzi Azir, 38, yang merupakan staf Jabatan Perhutanan Came­ron Highlands, Pahang meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala dan badan.
Anak Mohd. Fauzi, Muhammad Alif Syazwan, 8, yang duduk di kerusi penumpang hadapan patah kedua-dua belah kaki.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, ketika kejadian, dua beranak itu dipercayai dalam perjalan­an pulang ke kampung mereka di Wakaf Tapai, Marang dari Raub, Pahang.

“Setibanya di lokasi kejadian, kereta Proton Wira yang dipandu Mohd. Fauzi dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam parit,” kata­nya di sini semalam.

Mohd. Adli berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Mohd. Fauzi meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

Anak si mati yang parah dibawa ke Unit Kecemasan hospital sama untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya stabil.

No comments:

Post a Comment