Translate

Monday, July 15, 2019

TDM meterai perjanjian bekal MSM RM189 juta

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – TDM Bhd. (TDM), anak syarikat kerajaan negeri Terengganu memeterai perjanjian membekalkan minyak sawit mentah (MSM) kepada Ikhasas CPO Sdn. Bhd. (Ikhasas CPO) melibatkan urus niaga bernilai RM189 juta.

Pengerusi TDM, Datuk Raja Idris Raja Kamarudin berkata, berdasarkan perjanjian tersebut, pihaknya akan membekalkan 2,500 metrik tan MSM kepada Ikhasas CPO setiap bulan dalam tempoh 43 bulan.

“Pembayaran bagi pembekalan MSM ini akan dilunaskan sebanyak tiga kali melibatkan amaun RM63 juta bagi setiap transaksi.

“Perjanjian jangka sederhana ini menyokong rancangan penciptaan nilai dan rancangan pembangunan perniagaan TDM dalam menghadapi cabaran harga MSM yang rendah berikutan ketidaktentuan ekonomi global masa kini,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini semalam.

Raja Idris berkata, transaksi bernilai RM189 juta terbabit diunjur menjadi antara pe­nyumbang utama kepada pelaksanaan pelan perniagaan TDM pada masa depan.

Jelasnya, pihaknya bercadang menggunakan sebahagian amaun yang bakal diterima untuk pembayaran balik pin­jaman berjumlah RM52.5 juta, perbelanjaan modal (RM10 juta) dan modal kerja (RM125 juta).

“Perjanjian ini dapat me­ngukuhkan prestasi kewangan dan mengurangkan liabiliti TDM sekali gus memperkasakan kebolehan kami untuk mencapai pertumbuhan mampan pada masa depan,” kata­nya.

No comments:

Post a Comment