Translate

Sunday, July 21, 2019

Liga Super: TFC I puas ikat Kedah

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Terengganu Football Club I (TFC I) membuktikan kepakaran skuad itu dalam melakukan kebangkitan pada saat akhir selepas berjaya mengikat 2-2 pada aksi Liga Super malam tadi.

Pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah tersebut, ayam tambatan TFC I, Kipre Tchetche menafikan hasrat Kedah untuk meraih tiga mata penuh selepas meledak gol penyamaan berkenaan pada masa kecederaan.


Sepanjang kempen Liga Malaysia musim ini, kebanyakan gol dijaringkan skuad Penyu dihasilkan pada 15 minit terakhir perlawanan terutama pada masa kecederaan.

Penolong Ketua Jurulatih TFC I, Mohamad Nik berkata, anak buahnya sekali lagi menunjukkan mentaliti kental tidak pernah menyerah kalah sehingga wisel penamat ditiupkan.

"Saya tetap puas hati walaupun kita sekadar mampu meraih satu mata dalam pertemuan ini. Anak buah saya menunjukkan karakter sebenar dan kesungguhan mereka amat terserlah sehingga ke minit-minit terakhir perlawanan.


"Kita sepatutnya sudah menang dengan serangan bertalu-talu dilancarkan terutama pada separuh masa kedua namun ia dinafikan oleh kekentalan pertahanan Kedah biar pun pasukan lawan hanya beraksi dengan 10 pemain," katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment