Translate

Friday, July 12, 2019

Liga Super : TFC I ikat Kedah 2-2

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Terengganu Football Club I (TFC I) melakar kebangkitan dramatik untuk mengikat Kedah 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Sewaktu skuad Lang Merah berada diambang kemenangan, ayam tambatan TFC I, Kipre Tchetche muncul wira tuan rumah apabila meledak gol penyamaan pada masa kecederaan.

Terdahulu pasukan pelawat bemula garang apabila mendahului seawal minit ke-4 menerusi jaringan pemain tengah, Azammuddin Mohd. Akil.

Pasukan pelawat terus mengganas menerusi percubaan berbahaya penyerang import, Fernando Ortega pada minit ke-18 namun ia sedikit melepasi palang.

Begitu pun, TFC I kembali melawan dengan menyamakan kedudukan 1-1 menerusi rembatan padu, pemain tengah import, Sanjar Shaakhmedov dari luar kotak penalti pada minit ke-32.

Kedah kembali menggempur kubu tuan rumah
dan kembali mendahului menerusi sepakan percuma dua pemain import, Edgar Bernhardt dan Renan Alves masing-masing pada minit 42 dan 43 namun kedua-duanya melepasi palang.

Kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar akhirnya berjaya meletakkan Kedah semula di depan dengan kedudukan 2-1 pada penghujung babak pertama.

Tuan rumah tidak berpuas asa terus melancarkan serangan demi serangan pada babak kedua terutama selepas Kedah terpaksa bermain 10 orang apabila pemain pertahanannya, Azmeer Yusof dilayangkan kad merah pada minit ke-69. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment