Translate

Saturday, July 20, 2019

Pemandu lori langgar mati rakan sekampung dihukum gantung

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Perbuatan seorang pemandu lori melanggar dua rakan sekampung sehingga menyebabkan salah seorangnya maut hanya kerana perselisihan faham di sebuah kedai kopi di Setiu pada lima tahun lalu berbalas selepas dia dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab. Aziz memerintahkan tertuduh, Azami Mohamad menjalani hukuman demikian mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Rohadi Yaacob, 44.

Beliau juga menjatuhkan hukuman 10 tahun terhadap Azami setelah didapati bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang lagi mangsa, Zakaria Taib, 48, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Tertuduh juga dikenakan hukuman penjara enam bulan kerana membuat laporan palsu berhubung kejadian tersebut mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

"Walaupun pihak pembelaan berhujah terdapat trend (kerajaan) untuk memansuhkan hukuman mati mandatori namun selagi pindaan tidak dilakukan, mahkamah masih terikat dengan undang-undang sedia ada," katanya ketika membacakan penghakimannya di sini hari ini.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, Azami didakwa mendakwa  membunuh Rohadi dan cuba membunuh Zakaria dengan melanggarnya mereka dengan menggunakan sebuah kereta Proton Gen 2 di Kampung Jelapang, Sungai Tong, Setiu pada pukul 6 petang, 2 Oktober 2014.


Dalam pertuduhan ketiga, dia didakwa membuat laporan polis palsu di Balai Polis Permaisuri, Setiu pada pukul 6.29 petang, 2 Oktober 2014 kononnya kenderaan dipandunya telah ditahan kedua-dua mangsa dengan bersenjatakan parang di tengah jalan sebelum terlanggar setelah gagal mengelak motosikal dinaiki mereka. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment