Translate

Friday, July 19, 2019

Ribut jejas 10 rumah di Marang

MOHD. AZLI ADLAN

MARANG - Lebih 10 rumah penduduk terjejas akibat dipukul ribut yang melanda beberapa kawasan di Rhu Rendang di sini semalam.

Antara kampung yang terlibat dalam kejadian ribut yang berlaku pada pukul 4.30 petang itu ialah Rusila, Seberang Marang, Kuala Tengah dan Sentol Patah.

Penyelia Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, berdasarkan tinjauan pihaknya, kebanyakan rumah penduduk kampung yang terjejas tersebut mengalami kerosakan pada bahagian bumbung.

Beliau berkata, ribut berkenaan juga telah menyebabkan kerosakan pada sebahagian struktur Masjid Haji Said, Seberang Marang di sini.

"Kami turun padang untuk meninjau kerosakan yang dialami penduduk dan sedang berusaha untuk menyalurkan bantuan dengan kerjasama agensi terlibat pada masa terdekat.


"Setakat ini jumlah kerugian dialami mereka akibat kejadian ribut berkenaan masih dalam siasatan," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment