Translate

Sunday, July 14, 2019

Bekas kakitangan bank didakwa pecah amanah RM2.01 juta

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Seorang bekas kakitangan sebuah bank yang sedang hamil enam bulan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah melibatkan amaun keseluruhan RM2.01 juta.

Tertuduh, Diyana Remle, 30, yang juga ibu kepada dua anak dari Balai Besar, Dungun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Diyana didakwa menyalahguna wang pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM430,000 milik salah seorang pelanggan.

Tertuduh yang bekhidmat sebagai juruwang bank didakwa melakukan perbuatan itu sewaktu diamanahkan untuk mengendalikan wang berkenaan di RHB Bank cawangan Dungun dari 14 Disember 2017 hingga 12 Disember 2018.

Bagi pertuduhan kedua pula, Diyana didakwa mengulangi perbuatan sama melibatkan wang pelaburan ASB seorang pelanggan lain berjumlah RM1,580,000.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi sama dari 19 Disember 2018 hingga 26 Mac lalu. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment