Translate

Saturday, July 20, 2019

Perbuatan bapa ‘ratah’ anak kandung hingga hamil terbongkar

KUALA TERENGGANU – Perbuatan hina seorang bapa yang tergamak memperkosa anak kandungnya sejak empat tahun lalu terbongkar apabila remaja perempuan berusia 16 tahun itu disahkan hamil tujuh minggu kelmarin.

Sebelum itu, remaja malang tersebut telah dibawa ibu saudaranya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk mendapatkan rawatan pada pukul 9.30 malam selepas mengadu sering muntah dan sakit pada perut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd. Gunnos berkata, mang­sa mendakwa kerap diperkosa bapanya yang berusia 50-an sejak empat tahun lalu termasuk kejadian terakhir kira-kira dua bulan lalu di rumah mereka di sini.

“Mangsa yang me­rupakan anak keempat daripada lima beradik mendakwa mula dinodai kehormatan oleh bapanya sewaktu berusia 12 tahun iaitu kira-kira setahun selepas kematian ibu kandungnya.

“Perbuatan durjana itu tidak pernah dimaklumkan kepada sesiapa sebelum ini termasuk ibu tiri dan adik-beradiknya yang lain kerana didakwa takut dengan ugutan suspek,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Razmi berkata, remaja pe­rempuan itu juga mendakwa telah dipaksa berhenti sekolah sejak April lalu kerana faktor kewangan keluarga berikutan bapanya tidak bekerja.

Menurutnya, mangsa dengan bantuan ibu saudaranya telah membuat laporan polis berhubung kes rogol berkenaan bagi membolehkan pemeriksaan dan rawatan lanjut dilakukan.

“Siasatan polis mendapati suspek telah bertindak mela­rikan diri sebaik perbuatan merogol terbongkar dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment