Translate

Friday, July 12, 2019

Liga Super: Kedah optimis bergelar naib juara

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kedah optimis masih mampu meraih gelaran naib juara Liga Super biar pun keciciran dua mata selepas diikat Terengganu Football Club I (TFC I) 2-2 pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.

Penolong Ketua Jurulatih Kedah, A. Victor berkata, beliau percaya masih ada harapan untuk menghambat Pahang di kedudukan kedua liga biar pun kini dipisahkan lima mata dengan skuad Tok Gajah terbabit.

"Peluang untuk menamatkan saingan Liga Super sebagai naib juara masih ada walaupun tinggal berbaki dua perlawanan lagi.

"Apa yang penting, kita terus fokus beraksi baik perlawanan demi perlawanan selepas ini termasuk pada final Piala FA menentang Perak pada 27 Julai depan," katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi.

Dalam pada itu, Victor mengakui perit untuk menelan hakikat kemenangan yang sepatutnya menjadi hak Kedah telah direntap skuad Penyu sewaktu wisel penamat hanya menunggu masa ditiupkan pengadil, Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim.


Begitu pun, beliau masih berpuas hati anak buahnya masih berjaya mengelak kekalahan biar pun agak tempang selepas bermain 10 pemain berikutan layangan kad merah terhadap pemain pertahanan, Azmeer Yusof pada minit ke-69. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment