Translate

Wednesday, July 17, 2019

Tiga sekawan disyaki samun enam kedai serbaneka ditahan

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Perbuatan rakus tiga sekawan termasuk seorang wanita disyaki menyamun enam kedai serbaneka di tiga negeri termasuk di Terengganu dalam tempoh lapan jam berakhir apabila mereka berjaya ditahan di Selayang, Selangor semalam.

Kesemua aktiviti samun tersebut dipercayai dilakukan ketiga-tiga penjenayah terbabit pada satu malam sahaja iaitu dari pukul 9 malam, kelmarin hingga 5 pagi, semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, dua daripada kes samun disyaki dilakukan kumpulan suspek yang kesemuanya berusia 20-an itu berlaku di dua kedai serbaneka masing-masing di Ladang dan Chabang Tiga di sini.

Beliau berkata, kedua-dua kedai serbaneka itu disamun dalam kejadian selang setengah jam bermula pukul 9 malam sebelum kesemua suspek pulang ke ibu kota dan menyamun pula empat premis perniagaan lain di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur beberapa jam kemudian.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek itu datang ke negeri ini dengan menggunakan sebuah kereta Perodua Axia yang disewa dari sebuah pusat sewaan kenderaan di Selayang sebelum menyamun dua kedai serbaneka di bandar raya ini.

"Modus operandi mereka ialah suspek wanita yang berpura-pura sebagai pelanggan akan memasuki kedai serbaneka itu terlebih dahulu untuk meninjau keadaan sebelum dua rakan lelakinya menggunakan topeng penutup mulut mengugut juruwang premis perniagaan berkenaan menyerahkan wang," katanya kepada pemberita.


Terdahulu beliau ditemui selepas menyaksikan majlis serah tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Terengganu di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment