SKUAD Terengganu FC I (TFC I) bagaikan ‘Sang Penyu’ terluka menjelang pertemuan dengan kelab Liga M3, Kelantan United pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.
Pemangku ketua jurulatih TFC I, Mohd. Nik berkata, derita terluka akibat tewas tiga perlawanan berturut-turut pada aksi Liga Super sebelum ini perlu ditamatkan segera dengan kemenangan ke atas Kelantan United.
“Lupakan episod duka sebelum ini. Kita perlu kembali mempamerkan aksi bertenaga pada pertemuan menentang Kelantan United esok (malam ini).
“Kemenangan itu amat penting bukan sahaja membolehkan kita melangkah ke suku akhir Piala FA malah mengembalikan semula moral pasukan yang sedikit terjejas ketika ini,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.
Bagaimanapun, Mohd. tetap mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak memandang mudah tentangan Kelantan United meskipun pasukan itu beraksi pada Liga M3.
Katanya, kealpaan mampu menjerat skuad Penyu dan tidak mustahil mereka boleh menerima nasib seperti Sabah yang disingkirkan oleh Kelantan United pada pusingan kedua Piala FA sebelum ini.
“Saya seru pemain-pemain (TFC I) agar fokus dan tidak memandang mudah lawan, malah perlu bernafsu untuk memanfaatkan setiap peluang bagi menjamin kemenangan pasukan,” katanya.
No comments:
Post a Comment