Translate

Monday, April 1, 2019

Sultan Mizan gusar pihak sentuh kesucian Islam, perlekeh institusi diraja

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan kegusaran tentang usaha pihak tertentu yang menyentuh kesucian Islam dan memperlekeh institusi diraja sejak akhir-akhir ini.
Baginda bertitah, perkembangan yang sedang berlaku tersebut dilihat seolah-olah terdapat pihak tertentu ingin cuba menggugat keharmonian, keamanan dan kestabilan negara yang telah terbina sekian lama.

"Ada pihak berani melakukan perkara menyentuh kesucian Islam, memperlekeh institusi diraja dan banyak lagi yang berpotensi mengakibatkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Beta mahu pihak berkenaan mengambil langlah berjaga-jaga supaya perkara seperti ini tidak menular di negeri ini," titah baginda merasmikan Penggal Kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14 di sini hari ini.

Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.


Sultan Mizan bertitah, baginda berharap kerajaan negeri Terengganu diterajui Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar terus komited berusaha untuk memartabatkan lagi agama dan umat Islam di negeri ini menerusi gerak kerja profesional. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment