Translate

Monday, April 15, 2019

Didenda RM3,000 rosakkan peti besi masjid

KUALA TERENGGANU – Perbuatan seorang lelaki me­rosakkan peti besi di Masjid Gelugor Tahir, Chabang Tiga di sini pada Februari lalu berbalas apabila dia didenda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Noor Mazrinie Mah­mood memerintahkan demikian selepas tertuduh, Mohd. Hari Mohd. Hashin, 38, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Mohd. Hari didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 1 petang hingga 8 malam, 20 Februari lalu sehingga menyebabkan pengurusan Masjid Gelugor Tahir mengalami kerugian RM600.

Pendakwaan dijalankan me­ngikut Seksyen 426 Kanun Kesek­saan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau ke­dua-duanya.

Mengikut fakta kes, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Gelugor Haji Tahir dimaklumkan sebuah peti besi di ruang solat wanita di masjid itu disyaki diumpil dan pemeriksaan pada televisyen litar tertutup seterusnya mendapati perbuatan itu dilakukan individu yang kemudiannya dikenal pasti sebagai tertuduh.

Peti besi itu digunakan untuk mengumpul sumbangan derma jemaah masjid berkenaan.

No comments:

Post a Comment