Translate

Saturday, April 13, 2019

Liga Super : TFC I tumbang di laman sendiri

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Terengganu Football Club I (TFC I) tewas mengejut 1-2 kepada pasukan berstatus kelab, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Penyerang import PKNP FC, Giancarlo Rodrigues muncul wira apabila meledak dua gol sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama TFC I di gelanggang sendiri pada musim ini.

Rodrigues yang berasal dari Brazil menjaringkan gol pertama pelawat selepas mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-44.

Sebaik babak kedua bersambung, Rodrigues terus cemerlang meledak gol kedua peribadi dan PKNP FC selepas memperdaya penjaga gol tuan rumah, Wan Muhammad Azraie Wan Teh menerusi rembatan lencong pada minit ke-46.

TFC I hanya memperolehi gol saguhati menerusi pemain tengah, Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-73.


Gol itu telah menaikkan semangat TFC I namun serangan bertali arus yang dilancarkan tuan rumah itu  selepas itu gagal menemui sasaran sehingga wisel penamat ditiupkan pengadil, Mohammad Zamzaidi Katimin. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment