Translate

Wednesday, April 17, 2019

Dua operator kilang maut, motosikal bertembung

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Dua operator pengeluaran sebuah kilang elektronik maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing bertembung di Jalan Chendering - Bukit Payung berhampiran Kampung Bukit, Chendering di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, Mohamad Khairul Izuan Ariff, 22, dan Mohammad Zulfahmi Faisal Mohd. Marzuki, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa yang bekerja di kilang sama di Pusat Perindustrian Chendering di sini maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, sewaktu kejadian, Mohamad Zulfahmi Faizal yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya di Kampung Banggol Pasir Tinggi, Marang.

"Mohd. Khairul Izuan yang juga menunggang motosikal jenis Honda EX5 pula difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Paya Resak, Marang dari kilang sama setelah berakhirnya syif kerjanya.


"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi Mohamad Zulfahmi Faizal dikatakan hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentang lalu bertembung dengan motosikal dinaiki Mohd. Khairul Izuan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment