Translate

Monday, April 1, 2019

Sultan Mizan mahu pembangunan Setiu, Hulu Terengganu, Besut dipertingkat

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mahu kerajaan negeri memberi penekanan terhadap pembangunan seimbang terhadap kesemua lapan daerah di negeri ini.

Baginda bertitah, kerajaan negeri Terengganu perlu memberi suntikan pembangunan baharu kepada tiga daerah yang masih terkebelakang iaitu Setiu, Hulu Terengganu dan Besut.

"Berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah 2016, pendapatan isi rumah di daerah-daerah ini (Setiu, Hulu Terengganu dan Besut) jauh ketinggalan.

"Beta suka mencadangkan agar pembangunan ekonomi di daerah-daerah ini dirancang berdasarkan kekuatan setempat khususnya dalam sektor pertanian dan pelancongan," titah baginda sewaktu merasmikan Penggal Kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14 di sini hari ini.

Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Sultan Mizan bertitah, kerajaan negeri Terengganu perlu memberi peruntukan yang mencukupi dan melaksanakan usaha berterusan bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur, pemulihan tanah terbiar dan memperkasa sektor pertanian di ketiga-tiga daerah berkenaan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment