Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, Abd. Latif Selek, 56, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala, kaki dan tangan kiri ketika sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kemaman di sini kira-kira dua jam kemudian.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu kejadian, Abd. Latif difahamkan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang di Pusat Perindustrian Teluk Kalong dari rumahnya di Kampung Darat, Kijal di sini.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Iswara yang dipandunya dirempuh oleh sebuah lori membawa muatan sayur dikatakan telah terbabas dari laluan bertentangan.
"Lori yang dibawa dibawa seorang lelaki berusia 58 tahun itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas di lokasi kejadian yang merupakan laluan berselekoh," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Mohd. Said berkata, Abd. Latif yang cedera parah di bahagian kepala dan patah kaki dan tangan kiri dikejarkan ke Hospital Kemaman sebelum meninggal dunia sewaktu sedang menerima rawatan pada pukul 1 petang. - K! ONLINE