Translate

Wednesday, April 3, 2019

Bas Amphicoach diibarat 'pesakit tenat'

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Bas Amphicoach sah tidak akan menjadi produk pelancongan baharu Terengganu selepas kerajaan negeri mengambil keputusan menolak produk bas dua alam berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman berkata, keputusan itu terpaksa dibuat selepas syarikat kontraktor terlibat masih gagal memenuhi spesifikasi ditetapkan walaupun lebih setahun menjalani sesi ujian.

Beliau berkata, bas dua alam buatan Malta itu juga telah gagal melepasi proses pengujian kenderaan ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut atas faktor keselamatan.

"Antara isu yang diutarakan JPJ dan Jabatan Laut ialah Amphicoach yang berkapasiti 42 penumpang berkenaan dikhuatiri kurang selamat jika ia senget di dalam air selain enjinnya cepat 'panas'.

"Berdasarkan syor Jabatan Kerja Raya itu, kerajaan negeri bersetuju untuk menolak penerimaan bas tersebut. Keadaan Amphicoach ini boleh diibarat 'pesakit tenat', kanser tahap empat dan menunggu masa untuk mati,"  katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Terdahulu beliau menjawab soalan lisan Hishamuddin Abdul Karim (Pas - Tepoh)  dan Datuk Seri Ahmad Said (BN - Kijal) pada Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment