Translate

Monday, April 1, 2019

TATIUC tawar pengajian percuma untuk program Asasi

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kolej Universiti Teknikal Lanjutan Terengganu (TATIUC) menawarkan pengajian percuma untuk program Asasi dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat bagi kemasukan Mei dan September depan.

Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelajar program Asasi yang terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan (B40) juga bakal menerima elaun bulanan sebanyak RM300 sebulan sepanjang tempoh pengajian selama setahun.

"Sebanyak 200 tempat disediakan untuk program Asasi tersebut dengan kelayakan minimum permohonan ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam sekurang-kurangnya tiga subjek.

"Pemberian biasiswa tersebut merangkumi yuran pengajian dan penginapan kolej kediaman yang berjumlah keseluruhan RM11,045 bagi setiap pelajar," katanya pada sidang akhbar di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan replika cek Biasiswa Terengganu Sejahtera berjumlah kira-kira RM3.06 juta kepada Rektor TATIUC, Prof. Dr. Anuar Ahmad.


Maklumat lanjut berhubung tawaran Biasiswa Terengganu Sejahtera ini, boleh layari laman web, wwww.tatiuc.edu.my atau hubungi talian 09-8601130. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment