Translate

Tuesday, April 9, 2019

Aksi sambil lewa kuburkan TFC I di laman sendiri

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

PERMAINAN sambil lewa pasukan Terengganu FC I (TFC I) membawa padah apabila tewas mengejut 1-2 kepada kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin.

Penolong Ketua Jurulatih TFC I, Mohd. Nik berkata, beliau amat berang dengan sikap anak-anak buahnya tidak menunjukkan mentaliti untuk menang walaupun beraksi di gelanggang sendiri.

“Mereka hanya kembali kepada prestasi sebenar pada 20 minit terakhir setelah ketinggalan 0-2 tetapi semuanya sudah terlambat.

“Ini bukan kali pertama, gaya permainan ‘lambat panas’ pernah berlaku pada aksi menentang Ultimate FC (pusingan kedua Piala FA) sebelum ini. Sikap ini perlu diubah segera,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Mohd. berkata, pasukannya jelas memiliki lebih banyak pe­luang termasuk menerusi sepakan penjuru dan ten­dangan percuma, namun kese­muanya gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

Ujarnya yang mengalas tugas mengemudi skuad Penyu ekoran ketiadaan Irfan Bakti Abu Salim memberitahu, tambah mengecewakannya adalah kedua-dua gol PNKP FC berpunca daripada kesilapan benteng pertahanan.

“Saya akui ketiadaan Lee Andrew Tuck memberi kesan besar, kita tiada watak (pemain) yang mampu mengawal bola dengan baik dan memberi tekanan berterusan terhadap lawan.
“Mungkin kita terlalu bergantung kepadanya sebelum ini.

Kecederaan Lee Tuck dan kemerosotan prestasi Kipre Tchetche jelas menjejaskan jentera serangan kami,” katanya.

No comments:

Post a Comment