Translate

Thursday, April 18, 2019

Budak lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Manir

KUALA TERENGGANU – Seorang murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Manir dikhuatiri lemas di Sungai Manir dekat sini kelmarin.
Ahmad Aqil Fadlullah Ahmad Rozaimi, 10, dikatakan tergelincir ketika sedang bermain bersama tiga lagi rakan sekampungnya di tebing sungai berhampiran Jeti Teluk Menora, Manir dekat sini pada pukul 4.30 petang.

Bapa mangsa, Ahmad Ruhaimi Mohd. Rehan, 40, berkata, dia mula mencari Ahmad Aqil selepas anak sulungnya itu didapati tidak pulang ke rumah walaupun sudah senja.

“Setelah bertanya kepada kawan-kawannya, saya menuju ke kawasan jeti dan hati berderau apabila menemui pakaian, sebelah selipar berwarna hitam milik anak saya di tebing sungai,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian dekat sini semalam.

Ahmad Ruhaimi berkata, menurut rakan-rakan Ahmad Aqil, anaknya ter­gelincir dari tebing Sungai Manir sebelum dihanyutkan arus deras.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Wan Azmi Ahmad berkata, setakat ini mangsa masih belum ditemui.

No comments:

Post a Comment