Translate

Tuesday, January 6, 2026

Pemandu Honda Jazz mental disyaki curi dompet sebelum langgar mati Syakirah

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Siasatan awal percaya pemandu kereta Honda Jazz terlibat telah memecah masuk sebuah kereta Honda City sebelum memecut laju kenderaannya sehingga terlibat dalam kemalangan meragut nyawa Syakirah Hanan Mazli, 25, di Jalan Kemajuan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, suspek berusia 32 tahun disyaki telah melarikan dompet pemilik kereta Honda City terbabit yang mengandungi wang tunai kira-kira RM200.

“Dia disyaki mengambil dompet yang terdapat di dalam kereta Honda City berkenaan sebelum melarikan diri dengan kereta Honda Jazz diletak berhampiran.

“Kereta itu seterusnya dipecut laju sebelum terlibat dalam kemalangan dengan kereta Perodua Viva (yang dipandu Syakirah Hanan) di persimpangan lampu isyarat Jalan Kemajuan,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, semakan mendapati kereta Honda Jazz yang digunakan dalam kemalangan itu milik adik suspek.

Beliau berkata, lelaki yang bekerja sendiri tersebut juga didapati menghidap penyakit mental, Major Depression Disoder (MDD) dan telah menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini sejak Januari tahun lalu.

“Suspek yang mengalami patah tangan kanan dan luka kecil di badan sedang dirawat di wad HSNZ,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment