Translate

Thursday, May 2, 2019

Suami, isteri salah guna kuasa dicekup

KUALA TERENGGANU –Seorang penolong jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu dan isteri ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa sejak tahun 2015.

Suspek dan isteri yang merupakan kakitangan sebuah koperasi di Hulu Terengganu masing-masing direman selama enam hari dan lima hari bermula semalam.

Perintah reman ke atas pasangan berusia 88 dan 42 tahun itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Se­syen/Majistret Kuala Terengganu, Roszita Md. Saad di sini semalam.

Satu sumber berkata, pasangan itu disyaki menyalah guna lesen kontraktor milik kenalan mereka untuk mendapatkan projek-projek sepanjang 2015 hingga 2018.

“Kedua-dua suspek disyaki menggunakan lesen kontraktor tersebut sedangkan suspek pertama selaku penolong jurutera JPS bertanggungjawab mengawal selia projek-projek tersebut.

“Suspek lelaki ditahan dalam serbuan di pejabatnya di Hulu Terengganu pada pukul 11.20 pagi kelmarin manakala isterinya pula ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri di sini pada pukul 5.55 petang pada hari yang sama,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

No comments:

Post a Comment