Translate

Saturday, May 18, 2019

9,910 pelajar UniSZA terima 
duit raya RM50

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) buat julung-julung kali memberikan duit raya kepada kesemua 9,910 pelajar­nya sempena sambutan Aidilfitri, bulan depan.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, setiap pelajar terbabit termasuk bukan Islam di peringkat diploma dan ijazah masing-ma­sing akan menerima duit raya sebanyak RM50.

“Pemberian sumbangan duit raya kepada pelajar UniSZA yang julung-julung kali diadakan ini melibatkan peruntukan keseluruhan seba­nyak RM495,500.

“Ia mencerminkan komitmen pengurusan universiti untuk terus menjaga kebajikan pelajar,” katanya pada majlis Iftar Perdana bersama pelajar UniSZA dan komuniti sekitar di sini kelmarin.

Terdahulu beliau menerima replika cek sumbangan duit raya berjumlah RM495,5000 tersebut daripada Pengerusi Lembaga Pe­ngarah Universiti UniSZA, Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty.

No comments:

Post a Comment