Pemberian biasiswa yang dibiayai Dana Wakaf UniSZA itu membolehkan Nursyafanis yang merupakan pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial menerima penajaan penuh meliputi yuran pengajian dan penginapan serta sara hidup bulanan RM600 sepanjang tempoh pengajian.
“Saya berterima kasih dengan UniSZA dan rasa bersyukur sangat dengan pemberian biasiswa penuh ini.
“Ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya untuk terus belajar sehingga habis tempoh pengajian,” katanya ketika ditemui selepas menerima Biasiswa Wakaf UniSZA terbabit daripada Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan di sini semalam.
Turut menerima biasiswa berjumlah RM24,000 tersebut ialah rakan sekuliah Nursyafanis, Siti Nor Hasma Fauzi, 20, yang juga anak yatim piatu.
Nursyafanis berkata, tiga lagi adik perempuannya, Nursyafinas dan kembarnya, Nursyafina berusia 18 tahun serta Nursaleha, 11, menetap di sebuah lagi rumah keluarganya berhampiran rumah datuk mereka di Langkawi semenjak tragedi kebakaran mengorbankan ibu bapanya, Mohd. Nahar Shuhaimi, 39, dan Noorsuhaila Hamat, 41, serta adik lelaki bongsu, Muhammad Nawfal, 6, pada 1 April lalu.
No comments:
Post a Comment