Translate

Monday, May 6, 2019

Mayat reput ditemui di dalam semak

BESUT - Penduduk Kampung Beting Lintang di sini hari ini gempar dengan penemuan satu mayat lelaki yang hampir reput di kawasan semak perkampungan tersebut.

Mayat yang ditemui penduduk kampung pada pukul 9.45 pagi itu disyaki merupakan seorang lelaki berusia 35  tahun yang telah dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, mayat lelaki yang hampir reput itu dijumpai di kawasan semak-samun kira-kira 100 meter di belakang sebuah rumah penduduk kampung.

"Mayat tersebut berpakaian baju belang putih dan biru serta seluar pendek paras lutut serta bertali pinggang dan berselipar warna biru.

"Ia kemudiannya telah dicam ahli keluarganya sebagai lelaki berusia 35 tahun yang merupakan penduduk  kampung tersebut dan telah dilaporkan hilang pada 26 April lalu," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Zamri berkata, siasatan mendapati lelaki itu yang merupakan seorang pengganggur kali terakhir dilihat ahli keluarganya selepas mengadu demam dan sakit dada pada pukul 10 pagi, 26 April lalu. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment