Translate

Wednesday, May 22, 2019

Infaq darah di bulan puasa

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu mengambil inisia­tif menganjurkan program Infaq Darah Ramadan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di sini baru-baru ini.

Pengarah APM Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, program berskala besar yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk membantu Pusat Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mendapatkan bekalan darah bagi keperluan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

“Kami dimaklumkan ke­perluan bekalan darah amat diperlukan pada musim pe­rayaan seperti Hari Raya Aidilfitri sedangkan aktiviti pendermaan darah agak turun sedikit pada bulan puasa ini.

“Sehubungan itu, kami de­ngan kerjasama Pertubuhan Karyawan Kreatif Terengganu Darul Iman menganjurkan program derma darah yang me­nyasarkan ahli kariah masjid yang baru selesai menunaikan solat tarawih,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurut beliau, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dengan lebih 200 kariah Masjid Al-Muktafi Billah Shah mengambil bahagian dalam program derma darah tersebut.

“Kita berjaya memperolehi kira-kira 200 beg bekalan darah pada program kali ini yang dianggap terbesar pernah diperoleh dalam satu-satu program derma darah yang diadakan sepanjang bulan Ramadan di negeri ini.

“Biasanya Pusat Darah HSNZ akan menerima sekitar 40 hingga 70 beg bekalan darah sahaja sebelum ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment