Translate

Sunday, May 19, 2019

Nursyafanis dianugerah Biasiswa Wakaf UniSZA

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Kedukaan Nursyafanis Mohd. Nahar, 20, menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa serta adik lelaki dalam kebakaran di Langkawi, Kedah lebih sebulan lalu sedikit terubat apabila dianugerahkan biasiswa oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini.

Pemberian biasiswa yang dibiayai Dana Wakaf UniSZA itu membolehkan Nursyafanis yang merupakan pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial menerima penajaan penuh meliputi yuran pengajian dan penginapan serta sara hidup bulanan RM600 sepanjang tempoh pengajian.

"Saya berterima kasih dengan UniSZA dan rasa bersyukur sangat dengan pemberian biasiswa penuh ini.

"Ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya untuk terus belajar sehingga habis tempoh pengajian," katanya ketika ditemui selepas menerima Biasiswa Wakaf UniSZA terbabit daripada Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan di sini hari ini.

Turut menerima biasiswa berjumlah RM24,000 tersebut ialah rakan sekuliah Nursyafanis, Siti Nor Hasma Fauzi, 20, yang juga anak yatim piatu.


Akhbar sebelum ini melaporkan Mohd. Nahar Shuhaimi, 39, yang merupakan seorang pemilik bot nelayan maut dalam kebakaran di rumah persinggahan mereka berhampiran Jeti Nelayan Sungai Tepa, Langkawi yang turut melibatkan isteri, Noorsuhaila Hamat, 41, serta anak lelaki tunggal mereka, Muhammad Nawfal, 6,  pada 1 April lalu. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment