Translate

Thursday, May 16, 2019

Peruntukan Dana Raya Terengganu dikurangkan

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu menjelaskan terpaksa mengurangkan peruntukan Dana Raya sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi kepada RM16 juta ekoran kekangan kewangan.

Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penerima Dana Raya sebanyak RM200 pada tahun ini hanya melibatkan rakyat negeri itu yang berpendapatan maksimum RM1,100 dan golongan Orang Kelainan Upaya.

"Pemberian Dana Raya pada tahun ini lebih berfokus kepada golongan amat memerlukan sahaja selepas mengambil kira kedudukan kewangan semasa negeri.

"Kerajaan negeri mengalami kekurangan hasil lebih RM400 juta pada tahun ini ekoran pemotongan drastik pembayaran royalti minyak sebanyak 25 peratus dan penangguhan bayaran RM220 juta tunggakan hasil sama daripada kerajaan Persekutuan yang sepatutnya diterima Januari lalu," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di Wisma Darul Iman di sini hari inim

Sebelum ini, Dana Raya layak diterima oleh rakyat Terengganu yang berpendapatan RM3,500 ke bawah.


Ahmad Samsuri berkata, pertimbangan harus dibuat dengan mengurangkan peruntukan Dana Raya pada tahun ini bagi memastikan dasar kebajikan rakyat yang lain seperti pengecualian cukai taksiran tahunan dan pemberian lesen motosikal percuma dapat diteruskan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment