KUALA TERENGGANU – Permohonan penceraian di Terengganu dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini meningkat sebanyak 16 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Wan Abdul Malik Wan Sidek berkata, pihaknya telah menerima 1,311 permohonan cerai dari Januari hingga Mac lalu.
“Ia peningkatan sebanyak 211 kes berbanding 1,100 permohonan sama yang diterima dalam tempoh sama tahun lalu.
“Secara keseluruhannya, sebanyak 4,403 kes penceraian telah dicatatkan sepanjang tahun lalu dengan purata 12 kes setiap hari,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Wan Abdul Malik berkata, kebanyakan kes penceraian tersebut melibatkan pasangan muda yang tidak sampai lima tahun melangsungkan perkahwinan dengan alasan utama yang diberikan adalah kurangnya persefahaman selain faktor ekonomi.
No comments:
Post a Comment