Translate

Friday, May 17, 2019

Irfan Bakti angkat kaki tinggalkan TFC I

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim membuat keputusan drastik meletakkan jawatan serta-merta sebagai Ketua Jurulatih Terengganu Football Club I (TFC I) berkuat kuasa semalam.

Keputusan mengejut itu diambil berikutan desakan keras peminat TFC I ekoran kekalahan memalukan 3-5 dengan pendatang baharu Liga Super, kelab Petaling Jaya City FC (PJ City) pada Selasa lalu.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, Irfan Bakti mengambil tanggungjawab kemerosotan prestasi skuad Penyu itu termasuk kekalahan 0-4 dengan Pahang pada aksi suku kedua Piala FA minggu lalu.

"Ketua jurulatih (Irfan Bakti) yang mengaku keadaan semasa TFC I yang tidak menentu dan konsisten memohon meletakkan jawatan serta-merta sewaktu mesyuarat post-mortem PBSNT semalam.

"Pihak pengurusan menghormati keputusan nekad tersebut setelah mengambil kira semua aspek," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Tengku Farok Hussin berkata, PBSNT amat menghargai sumbangan besar Irfan Bakti yang  membantu TFC I kembali ke Liga Super muncul naib juara Liga Premier 2017 seterusnya menjadi naib juara Piala Malaysia musim lalu. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment