Translate

Wednesday, October 7, 2020

Warga emas meninggal dunia ketika berwirid

SETIU - Hajat seorang warga emas untuk menghadiri majlis tahlil arwah isterinya tidak kesampaian apabila dia tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia di Masjid Al-Amin, Kampung Sungai Lerek, Chalok di sini kelmarin.

Khalid Ahmad, 83, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika sedang berwirid sejurus selesai menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid berkenaan pada pukul 7.15 malam.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, sebelum kejadian, warga emas itu bersama menantunya, Mohamad Firdaus Ibrahim, 29, singgah ke masjid tersebut untuk bersolat Maghrib berjemaah sebelum ke majlis tahlil arwah isterinya.

"Mangsa tiba-tiba rebah ketika imam mahu membaca doa selepas selepas berwirid sejurus menunaikan solat Maghrib berjemaah.

"Pengawai perubatan yang melakukan pemeriksaan tidak lama kemudian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Afandi berkata, Khalid disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung selain warga emas tersebut mempunyai sejarah penyakit asma dengan kali terakhir mendapatkan rawatan di Hospital Setiu di sini pada 16 Jun lalu.

Sementara itu, salah seorang ahli keluarga Khalid, Raihan Husin, 31, berkata, Khalid merupakan individu yang menjaga solat pada awal waktu dan akan singgah ke mana-mana masjid berdekatan untuk bersolat jemaah di masjid.

Tambahnya, arwah datuknya tidak ceria apabila tidak dapat menunaikan solat berjemaah sewaktu surau dan masjid diarahkan tutup pada fasa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Raihan berkata, jenazah Khalid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol, Permaisuri di sini pada pukul 11 pagi semalam.

No comments:

Post a Comment