Translate

Monday, October 5, 2020

Kakitangan positif, UniSZA ditutup tiga hari

 KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ditutup selama tiga hari sehingga Rabu ini selepas seorang kakitangannya disahkan Covid-19 semalam.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, semua kakitangan UniSZA juga diarahkan untuk bekerja dari rumah sepanjang tempoh penutupan itu.

Beliau memberitahu, ia membolehkan aktiviti disinfeksi secara menyeluruh dilakukan di seluruh kampus UniSZA iaitu Gong Badak di sini; Tembila, Besut dan Perubatan, Kuala Terengganu.

"Begitupun, kakitangan UniSZA yang bekerja di perkhidmatan perlu seperti keselamatan, kesihatan, kewangan, hal ehwal pelajar dan kolej kediaman dikecualikan daripada arahan bekerja dari rumah itu.

"Kebajikan semua 584 pelajar yang menghuni semua kolej kediaman UniSZA juga sentiasa dijamin. Pengajaran dan pembelajaran tetap diteruskan secara dalam talian sepanjang tempoh tiga hari penutupan kampus ini," katanya.

No comments:

Post a Comment