Translate

Thursday, October 8, 2020

Muzium Negeri Terengganu ditutup 6 hari


Oleh MOHD.  AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Muzium Negeri Terengganu yang terletak di Losong di sini menutup galeri pameran selama enam hari sehingga Khamis depan.

Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Che Muhamad Azmi Ngah berkata, penutupan galeri pameran itu sebagai langkah proaktif mengekang penularan pandemik Covid-19 yang menunjukkan peningkatan kes domestik pada masa ini.

“Galeri pameran Muzium Negeri Terengganu merupakan antara lokasi tumpuan pelancong yang berisiko.

“Sepanjang tempoh penutupan berkenaan, kawasan galeri pameran akan disanitasi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Che Muhamad Azmi berkata, pejabat pengurusan muzium masih beroperasi mengikut waktu pejabat sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Lembaga Penggalakan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu) memaklumkan Perkampungan Budaya Terengganu yang terletak di sebelah kompleks muzium turut ditutup sehingga akhir bulan ini.

Penutupan itu juga disebabkan untuk membendung penularan pandemik Covid-19. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment