Translate

Thursday, October 8, 2020

Bonet kereta dikebas

 KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga rugi RM1,500 apabila bonet dan bateri kereta Proton Wira miliknya dilarikan penyamun dalam kejadian di tepi jalan dekat Bulatan Ladang di sini semalam.

Mohd. Amar Affzan Mohd. Fazli, 27,  menyedari kejadian itu ketika dia hendak menghantar makanan kepada ibunya di sebuah hospital pada pukul 8 pagi.

"Ibu jaga adik di hospital kerana demam panas, manakala saya menginap di sebuah hotel berdekatan. Saya balik dari hospital pada pukul 12 tengah malam dan pagi ini (semalam) dua komponen itu telah hilang," katanya.

Tambahnya bonet daripada kereta terpakai jenis Mitsubishi Evo itu dibeli pada harga RM500 dua tahun lalu, namun harga pasaran kini mencecah RM1,500.

Mohd. Amar Affzan membuat laporan berhubung kecurian itu di Balai Polis Kuala Terengganu di sini.

No comments:

Post a Comment