Translate

Thursday, October 15, 2020

Beri tumpuan aktiviti perkhidmatan sokongan industri minyak dan gas

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Eastern Pasific Industrial Corporation (EPIC) Berhad berharap Bajet 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November depan turut memberi tumpuan terhadap aktiviti perkhidmatan sokongan terhadap industri minyak dan gas.

Ketua Pegawai Eksekutif EPIC, Saabi Wahab berkata, aktiviti perkhidmatan sokongan terhadap produk minyak dan gas perlu diperkasa sewaktu dunia sedang berhadapan dengan cabaran pandemik Covid-19 bagi merangsang semula pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, EPIC yang juga syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu telah menyenaraikan keperluan industri minyak dan gas untuk dipertimbangkan dalam pembentangan Bajet 2021 kelak.

“Salah satu permintaan EPIC yang merupakan penyelia perkhidmatan bagi industri minyak dan gas di Terengganu ialah kelulusan pelaksanaan projek pembesaran Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) di Telok Kalong, Kemaman.

“Kerja-kerja pembesaran pelabuhan yang kami rancang dilakukan pada masa terdekat itu sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita di Taman Arman, Tok Jembal di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan katil khas kepada Muhd. Shamsuriady Abdullah, 39, yang terlantar lumpuh akibat strok.

Pangkalan Bekalan Kemaman merupakan antara pelabuhan terdalam di negara ini dan berkeupayaan menampung kapal yang membawa muatan seberat 150,000 tan. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment