MARANG - Seorang ibu tabah menjaga anak sulungnya yang merupakan golongan orang kelainan upaya (OKU) kategori Cerebral Palsy sejak lahir.
Khatijah Embong, 42, yang merupakan suri rumah berkata, Muhammad Arman Rahimi Rosli, 19, hanya terlantar di katil dengan semua keperluannya termasuk diberi minum susu khas dengan tiub setiap tiga jam.
"Saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak sulung saya yang mesra dipanggil Ayob. Apatah lagi dia sering diserang sawan semasa kecil.
"Kami sekeluarga hanya bergantung kepada pendapatan suami (Rosli Ngah, 47) sebanyak RM1,050 sebulan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jerong Seberang di sini semalam.
Terdahulu dia dikunjungi wakil badan bukan kerajaan (NGO) daripada Sahabat Infaq, Bukan Kerana Nama, Persatuan Kebajikan Asnaf Al-Fateh dan Anak Permata Syurga.
Khatijah berkata, keperluan Ayob seperti susu khas, lampin pakai dan tiub makanan mencecah RM1,600 sebulan.
Sehubungan itu, mereka sekeluarga terpaksa berjimat cermat dengan mendahulukan keperluan Ayob dan empat lagi anaknya yang berusia dua hingga 11 tahun.
Sementara itu, Pengasas Sahabat Asnaf, Wan Nurhidayah Wan Pauzi berkata, kunjungan mereka bukan sekadar untuk menghulurkan bantuan barangan keperluan tetapi bagi menyuntik sokongan moral.
Bantuan boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional Khatijah yang bernombor 11114-29-00013493-1 atau menghubungi di talian 0139417817.
No comments:
Post a Comment