Translate

Sunday, October 4, 2020

Derita ‘cincin’ besi melekat pada jari

 

O

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA  TERENGGANU – Seorang lelaki warga emas terpaksa menahan kesakitan apabila jari manis tangan kirinya membengkak selepas di sarung dengan jejari besi.

Lelaki geladangan berusia 74 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultan Nur Zahirah (HSNZ) di sini sebelum anggota bomba terpaksa dipanggil untuk memotong jejari besi berkenaan pada kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan khas untuk menanggalkan jejari besi yang dijadikan cincin tersebut pada pukul 9.10 pagi.

“Usaha menanggalkan jejari besi itu dilakukan oleh tiga anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas di wad HSNZ.

“Anggota bomba mengambil masa sejam 38 minit untuk menanggalkan tiga jejari besi berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Rozizah berkata, usaha untuk menanggalkan jejari besi itu agak sukar dan mengambil masa lama kerana ia diperbuat daripada besi padu.

Beliau berkata, biasanya operasi menanggalkan cincin yang tersangkut pada jari mangsa hanya mengambil masa kira-kira 15 minit. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment