Translate

Friday, October 9, 2020

Wisma Darul Iman ditutup tiga hari

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Wisma Darul Iman di sini yang menempatkan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu ditutup selama tiga hari sehingga lusa bagi proses sanitasi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mohd. Zahari Md. Azahar berkata,  lebih 500 kakitangan kerajaan negeri diarahkan untuk bekerja di rumah sepanjang tempoh itu.

“Begitupun, seramai hampir 100 kakitangan masih perlu berada di pejabat sepanjang tempoh itu dan mereka akan dikenal pasti setiap ketua jabatan, bahagian atau unit masing-masing.

“Semua kakitangan lain dikehendaki kembali bertugas (di Wisma Darul Iman) seperti biasa pada Ahad ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Zahari berkata, orang awam yang mempunyai urusan dengan agensi kerajan negeri Terengganu masih boleh mengunjungi Wisma Darul Iman sepanjang tiga hari itu namun digalakkan membuat temujanji terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) turut mengambil langkah sama menutup operasi selama tiga hari sehingga Khamis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif YPUT, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata, penutupan bagi proses sanitasi itu sebagai langkah membendung penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat pada waktu ini.

“Ia langkah pencegahahan YPUT sering dikunjungi delegasi agensi kerajaan negeri lain selain dewan kami menerima sewaan orang ramai terutama setiap hujung minggu,” katanya.

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pula melanjutkan penutupan ketiga-tiga kampusnya di Gong Badak, Kuala Nerus; Tembila, Besut dan Kuala Terengganu selama sehari lagi sehingga lusa. – K! ONLINE.

No comments:

Post a Comment