Translate

Friday, October 9, 2020

Palsu pendaftaran kad sim, pemilik kedai telefon didenda RM115,000

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Padah mendaftarkan 115 kad sim prabayar menggunakan maklumat palsu, seorang pemilik kedai telefon didenda RM115,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh, Ng Yean Ping, 33, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan.

Berdasarkan kesemua 115 pertuduhan tersebut, Yean Ping didakwa membuat capaian kepada kandungan satu komputer iaitu sistem Multi Channel Portal (MCP) Digi sebelum menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa ke atas kandungan sistem MCP berkenaan.

Tertuduh didakwa telah mendaftarkan kad sim tanpa membuat pengesahan maklumat yang sah pengguna akhir terlebih dulu seperti dikehendaki Digi di sebuah premis di Jalan Bukit Kecil di sini dari 18 April hingga 10 Jun 2016.

Mengikut fakta kes, kegiatan pemalsuan pendaftaran kad sim terbongkar selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima aduan berhubung penyebaran berita palsu, ‘Sultan Mizan kembalikan darjah kebesaran kepada MB Terengganu’ yang memetik agensi berita, Bernama pada 1 Jun 2016.

Yean Ping didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Norhani Mohd. Adzhar dan Nur Nazhzilah Mohammad Hashim. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment