Translate

Sunday, October 4, 2020

SPRM terima 27 aduan dakwaan rasuah PRN Sabah

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima 27 aduan berhubung dakwaan rasuah sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berakhir Sabtu lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, setakat ini, dua individu telah ditahan bagi membantu siasatan dakwaan rasuah berkenan.

“Kesemua 27 aduan yang diterima daripada orang ramai sejak 12 September itu telah dibuka kertas siasatan untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, dua individu telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui ketika menghadiri majlis perasmian Kompleks SPRM Terengganu yang disempurnakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Azam Baki memberitahu, selain penahanan dua suspek berkenaan, SPRM juga sedang menyiasat satu lagi kes dakwaan pengagihan wang kepada pengundi pada PRN Sabah.

PRN Sabah yang berlangsung Sabtu lalu menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah berjaya menubuhkan kerajaan menerusi majoriti mudah apabila memenangi 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment