Translate

Friday, October 9, 2020

Tahan sakit lebih 3 jam, 'cincin' jejari besi tersangkut pada jari

 

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki warga emas terpaksa menahan kesakitan lebih tiga jam apabila jari manis tangan kirinya membengkak  selepas di sarung dengan tiga jejari besi yang dijadikan sebagai cincin.

Lelaki gelandangan berusia 74 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultan Nur Zahirah (HSNZ) di sini sebelum anggota bomba terpaksa dipanggil untuk memotong jejari besi berkenaan pada Khamis lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan khas untuk menanggalkan jejari besi yang dijadikan cincin tersebut pada pukul 9.10 pagi.

"Usaha menanggalkan jejari besi itu dilakukan oleh tiga anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas di  wad HSNZ.

"Anggota bomba mengambil masa sejam 38 minit untuk menanggalkan tiga jejari besi berkenaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Rozizah berkata, usaha untuk menanggalkan jejari besi itu agak sukar dan mengambil masa lama kerana ia diperbuat daripada besi padu.

Beliau berkata, biasanya operasi menanggalkan cincin yang tersangkut pada jari mangsa hanya mengambil masa kira-kira 15 minit.

Lelaki berkenaan masih dirawat diHSNZ bagi rawatan lanjut.


No comments:

Post a Comment