Translate

Saturday, October 10, 2020

Lelaki mengaku daftar 115 kad sim prabayar guna identiti palsu

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang pengusaha kedai telefon mengaku bersalah atas 115 pertuduhan mendaftarkan kad sim prabayar menggunakan maklumat palsu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Ng Yean Ping, 33, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Nooriah menetapkan esok untuk menjatuhkan hukuman sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan.

Berdasarkan kesemua 115 pertuduhan tersebut, Yean Ping didakwa membuat capaian kepada kandungan satu komputer iaitu sistem Multi Channel Portal (MCP) DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi) sebelum menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa ke atas kandungan sistem MCP berkenaan.

Tertuduh didakwa telah mendaftarkan kad sim tanpa membuat pengesahan maklumat yang sah pengguna akhir terlebih dulu seperti dikehendaki Digi.

Dia didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di sebuah premis di Jalan Bukit Kecil di sini dari 18 April hingga 10 Jun 2016.

Yean Ping didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100, 000 atau penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment